Wednesday 27 May 2015

Posted by Unknown On Wednesday, May 27, 2015
TAHNIAHHHH


















Friday 15 May 2015

Posted by Unknown On Friday, May 15, 2015
Selamat Menyambut Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru,cikgu,ustaz,ustazah....

Guru umpama pelita hidup, tiada mereka bagaimanakah anak bangsa akan datang..

ilmu dicurah tiada batasan,
penuh dengan keikhlasan,
mengajar tanpa penat dan lelah,
hari guru penuh barakkah.
"GURU SATU ANUGERAH"



Monday 11 May 2015

Posted by Unknown On Monday, May 11, 2015
Posted by Unknown On Monday, May 11, 2015

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Prinsip utama ASEAN

Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:
  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coercion)
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak penggunaan ketenteraan
  • Kerjasama effektif antara anggota.

Anggota ASEAN

Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

Sejarah

Rencana utama: Sejarah ASEAN
ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagai Deklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).
Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmar menjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

Timor Leste

Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi.
Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.
ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.

sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Persatuan_Negara-negara_Asia_Tenggara

klik youtube ini  https://www.youtube.com/watch?v=_Z0XjZaUZ3M

Thursday 7 May 2015

Posted by Unknown On Thursday, May 07, 2015
TAHNIAH buat  SMK Bukit Indah, SM Adni ( private school) dan SMK Taman Melawati yang telah dilantik menjadi sekolah PISA mewakili Zon Hulu Klang.  Semoga memperolehi keputusan yang cemerlang.








Posted by Unknown On Thursday, May 07, 2015


Salam Takziah untuk semua ahli keluarga arwah, warga SMK Taman Keramat serta ahli PKG Hulu Klang diatas kehilangan permata yang bergelar ibu,guru,pengetua,pengerusi,pentadbir dan sahabat.

Tarikh  4/5/2015 jam 10.50 mlm Pn Zaitun Bt Zainal menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang setelah 2 minggu koma akibat demam denggi,jangkitan kencing tikus serta komplikasi paru-paru dan hati. 

Arwah merupakan pengerusi JKPA Pkg Hulu Klang dan juga Pengetua SMK Taman Keramat, sebelum ini arwah merupakan pengetua di SMK Seri Keramat.  Hilangnya seorang pentadbir yang semangat dalam bidang kerjayanya serta selalu memberikan komitmen yang tinggi dalam semua aspek kerja.

Tahun 2015 ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat sebagai penjawat awam, dimana pada bulan November merupakan bulan pesaraan beliau.  Namun kini beliau telah bersara untuk selamanya.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Pn Zaitun Bt Zainal